Seorang wanita berusia 31 tahun bertindak membunuh diri selepas mendapati suami barunya adalah seorang h0mos3ksual.

Menurut laporan Oriental Daily, doktor berasal dari Chongqing, China itu selalu menjadi kebanggaan ibu bapanya. Selepas tamat pengajian, dia bertemu dengan seorang lelaki dan menjalinkan hubungan.

Lima bulan kemudian, pasangan itu berkahwin. Tetapi kebahagiaan yang diharapkan tidak datang, sebaliknya timbul beberapa perkara yang tidak diingini di mana si suami meminta untuk tidur berasingan.

Si isteri kemudian mencari bantuan di internet dan netizen berpendapat suaminya mungkin lelaki gay.u

Sayu melihat suaminya menangis kesedihan, dia pun memaafkan lelaki itu. Namun tidak beberapa lama kemudian dia ternampak mesej lelaki lain di telefon bimbit suaminya. Sekali lagi doktor itu berdepan dengan lelaki itu yang akhirnya mengakui bahawa dia adalah gay.

Hancur luluh hati si isteri lalu mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya. Pada malam kejadian, doktor itu bertindak terjun dari bangunan dan maut serta-merta.

Ibu bapa mangsa mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap menantu di atas kematian anak mereka.g

Peguam memohon mahkamah mengenakan denda 630,000 yuan (RM371,000) terhadap lelaki itu sebagai pampasan di atas kematian doktor berkenaan. Tetapi mahkamah menolak tuntutan saman dari ibu bapa mangsa.

Artikel sebelum iniBertahun Kerja Luar Negara Demi KeIuarga, Hantar Duit RM8k SebuIan, Akhirnya Suami di Malaysia Kawen Lain
Artikel seterusnyaIsteri Kantoi Curang 18 Tahun, Anak Kembar Rupanya ‘Benih’ Lelaki Berbeza