Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Tina duduk di KL. Berumur lewat 20an. Terima kasih sudi share confession aku ni. Aku harap apa yang aku share ni mendapat manfaat hendakNya. Aku mulakan dengan background aku dulu. Aku wanita bekerjaya dan alhamdulillah rezeki sentiasa Allah beri walaupun aku start daripada bawah. Aku baru je putus tunang tahun lepas. Sebab ex tunang aku tak suka aku keje.

Dia nak aku benti keje. Tapi dia tak mampu nak tanggung aku. Malah aku masih ada keluarga yang aku kena hulurkan duit membalas jasa. Lalu, dia putuskan pertunangan dan dah jumpa orang lain dah nak kahwin hujung tahun ni.

Hampir 7 bulan aku single. Aku memang doa hari hari supaya Allah tutupkan pintu hati aku dan juga orang lain yang bukan jodoh aku. Tapi bukakanlah hati aku dan hanya jodohku untuk kami bersama. Sebab tak nak dah jumpa jodoh orang. Dan aku pun tak nak dah reject orang. Aku nak fokus pada diri aku, kerjaya dan keluarga dulu.

Kemudian, ada sorang lelaki ni merupakan kawan sekolah asrama lama aku ada DM aku di Instagram. Aku tak pernah bercakap dengan dia pun kat sekolah dlu. Dia pun tak perasan akan kewujudan aku. Aku check Instagram dia, terang tang tang dia letak di profile “husband to (nama isteri dia)”. Okay aku cakap dalam hati, alamak husband orang ni.

Mula mula dia tanya pasal aku study mana, asal mana, keje mana, tinggal mana, and aku rasa benda tu macam tak normal kut laki orang tetiba nak buat background check macam tu. Tapi aku pikir dia kawan sekolah kut. Mungkin lama tak dengar khabar. Aku pun reply seperti biasa.

Sampai dia tanya soalan yang agak peribadi, lalu aku rasa macam janggal. Dah lah tak kenal sangat kat sekolah. Pastu tak pernah bercakap. Suami orang pulak tu. Dah kenapa dia ni. Aku tak sedap hati. Pastu aku cakap jela straight to the point. Aku single baru lepas putus tunang dah tak payah nak tanya aku lebih lebih. Aku pun start borak pasal isteri dia pulak. Aku rasa tak best la reply DM laki orang. Kalau tanya benda benda penting okay lagi. Ni macam kau nak berkenalan pulak dah kenapa.

Untuk pengetahuan korang, dia keje sebagai engineer di Pengerang. Hmmm so duduk jauh la dengan isteri. Pastu aku tanya isteri dia macam mane waktu PKP ni. Dia cakap duduk rumah mak mertua dia. Aku macam okay dah la kan. Try untuk end kan conversation. Pastu dia tetiba cakap “Takkan la orang cantik macam kau ni takde sape nak”. Aku amik tu sebagai gurauan. Dia macam cuba sedaya upaya untuk korek kenapa aku putus. Berapa ex aku. Allahuakbar.

Dalam hati aku, aku kata ni kalau laki aku lah pegi DM perempuan malam hari bukan main lagi macam nak berkenalan pulak. Sumpah aku sedih. Aku cakap aku busy ada keje. Pastu dia macam sedih la aku malas nak layan DM dia tu. Dia akan start conversation dengan soalan2 lain. Aku cakap straight, “Aku ada keje la weh, pastu aku tak nak kacau laki orang malam2 ni.”

Confession yang dia buat kat aku ni sangat membuka biji mata aku tentang lelaki yang keje jauh dengan isteri ni, lagi lagi kalau keje offshore ke apa. Tak nak prejudis. Tapi aku faham. Sebab aku pernah kena. Dia kata kat aku, “Aku bosan weh duduk jauh dengan isteri, malam je isteri aku dah tidur”.

Habis tu bini kau tidur, kau pegi DM perempuan lain la buat hilang bosan kau! Eh emosi pulak aku. Aku cakap dalam hati je. Aku dah sampai kemuncak rasa nak marah dah. Pastu masa awal2 conversation dia ada la cakap keje macam ni gaji RM5000 pun tak ckup weh dengan dunia hari ni. Hmmm pandai pancing awek2 yang kaki kikis agaknya. Maaf la aku bukan yang begitu. Aku hormat isteri kau. Aku siap cakap lagi #TeamBiniSedunia kat dia. Aku end conversation elok elok.

Sorry beb. Aku respect kau sebagai kawan aku. Cuma aku rasa sangat tak elok kau buat bini kau cemtu. Kalau kau ada masalah dengan isteri kau yang selalu tidur awal tu, please talk. Please bagi kesempatan pada wanita yang kau nikahi tu peluang.

Aku tak nak isteri kau sedih dapat tahu kau layan perempuan DM sana sini. Test market sana sini. Duit kau, kerjaya kau, aku tak pandang beb. Akhlak dan tingkahlaku kau beb yang orang pandang. Tak tahu la orang lain. Aku begitu.

Pastu tetiba selang berapa hari dia DM aku lagi tanya aku yang housemate aku serumah berapa orang. Kau tak betul ke? Laki orang sibuk tanya housemate aku dah kenapa. Aku ignore tak reply. Soalan kau tak kena la beb. Kau laki orang weh. Seyes aku agak bengang la jugak apa kau buat ni.

Pada aku sangat tak normal. Dia sedar dia ada isteri. Dia sedar dia yang kacau perempuan lain bila berjauhan dengan isteri. Ya Allah terima kasih tunjukkan aku satu contoh depan mata. Dulu tunang aku tinggalkan aku cakap aku ni takde masa untuk dia, masa tu aku tungkus lumus nak cari duit kahwin.

Agaknya macam ni la tunang aku buat. Tu yang 2 bulan putus tunang terus tunang dengan orang lain. Entah entah dah lama kenal. Aku yang tak pernah ada syak wasangka pada dia. Sebab character sama. Keje bagus. Nampak alim. Jaga solat.

Tapi bila diuji dengan berjauhan atau masa. Dah mula cari sasaran sasaran test market. Lupa terus orang yang terima kau seadanya masa bukan sesiapa dulu. Ahhh bukan jodoh. Aku dah move on dah. Just peristiwa tentang kawan lelaki sekolah aku ni buat aku lebih berhati hati dengan lelaki. Allah bagi lagi petunjuk demi pentunjuk. Seram aku dengan perangai manusia disebalik tabir ni. Aku bukan alim juga. Hanya insan biasa.

Aku tak putus doa agar diberikan jodoh yang baik, bukan yang berlakon baik seperti dlu. Aku juga sekarang sedang berubah kepada yang lebih baik. Inilah hikmah Allah nak utus hidayah buat aku lepas putus tunang. Allah tu tak jahat kan. Insya Allah lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Aku percaya tu. Aku amik pedoman daripada pengalaman aku ni. Aku banyak banyak solat taubat agar dipermudahkan rezeki aku dalam pelbagai segi.

Aku dah bahagia dengan diri aku, kerjaya dan keluarga aku. Aku harap jodohku ini penambah seri kebahagiaan bukan perampas bahagia aku. Sama sama usaha. Perkahwinan tak semua indah. Kita yang corakkan. Kalau jumpa pasangan yang betul, betullah rumahtangga tu. Kalau kita je nak betulkan sorang2, tak mampu. Allah Maha Mengetahui.

Kepada adik2 perempuan kat luar sana tu, yang digoda suami atau tunang orang. Jangan teruskan. Jangan sampai orang lain datang rosakkan rumahtangga kita pula. Jangan lah terima lelaki yang bawa cerita sedih pasal isteri ke, tunang dia ke. Tak payah.

Lelaki matang selesaikan masalah dia dengan orang yang dia bermasalah. Bukan cari orang lain untuk menyinggah tumpang keluh kesah. Lagi lagi yang baru putus tu. Tak payah la beriye terima. Istikharah dulu. Bagi masa tak payah gelojoh. Kalau dah jodoh, datang la macam mana pun cabaran kahwin juga. Takkan boleh diambil orang. Jodoh tak pernah salah alamat. “Kita jaga hak orang, Allah jaga hak kita.” Sekian.

Reaksi warganet

Ngah Inei –Saya pun ada pengalaman yang hampir sama. Suami orang ajak jalan jalan di tempat pelancongan atas dasar belanja kawan2. No way man. Awal2 dah kene blok sebab wrong intention. Sebab we are woman actually can sense the niat. Bravo sis… 👏👏

Aisyah Nur –Masa 1st dah tahu dia suami orang patut tak payah layan, tak payah reply. Sebab biasa perempuan macam ni la. Kata tak nak reply, tak nak reply, sekali orang tu dm dia reply jugak. Last2 sangkut. Tapi nasib baik la tt ni bijak diakhirnya. So lepas ni dah nampak laki tu macam tu, better block terus. Takut nanti iman tak kuat pi reply plak. Sebab perempuan ni memang kadang cepat perasan bila laki dah mula bagi perhatian. Kadang cakap tak nak, tak nak, tapi sebenarnya tertunggu2 jugak. So, better block terus. Itu saja yang bole membuktikan kita ni memang tak berniat jalin hubungan yang salah.

Nuzul Halimatun –Awak berkawan dengan engineer yang tak berapa buat kerja kot , kawan kawan engineeer saya yang lain bercinta pun takde masa. But syabas untuk anda, kalau rasa tak selesa please block please block. Syaiitan ni tak ccuk jarum hari ni, terus suka terus sayang. Take care

Ghazali Jaafar –Air dah naik kepala tu sebenarnya. Tu je. Aku husband orang. Ramai kawan perempuan. Semua cantik-cantik dan bijak seriuosly. Seronok berkawan dengan diorang ni. Sebab bijak. Boleh dapat banyak tips kecantikan dan psikologi perempuan. Boleh je kawan lain jantina ni. Tapi niat hati tu kena betullah. Tu je. Apa-apa terpulang pada niat.

Sumber – Tina (Bukan nama sebenar) via IIUMC